Thursday, February 9, 2012

Tips Design Logo - 2

Penyelidikan visual

Kaji selidik peringkat ini tidak melibatkan client (individu/pemilik syarikat), tetapi ke terhadap logo sebenar atau logo yang sedang digunakan jika ada. Peringkat ini bermaksud bagaimana korang mencari pendekatan lain sebagai inspirasi terhadap rekaan logo, kajian peringkat ini korang kene cari logo yang tak penah lagi korang jumpa and logo tu plak logo yang related to same business ngan client korg. Kritikan juga diperlukan supaya korang akan dapat inspirasi baru terhadap perubahan logo atau rekaan baru bagi logo korang nanti.
 






Kajian visual ni agak penting sebab ia memang akan banyak membantu korang dalam menghasilkan logo korporat yang mampu bersaing dengan competitor syarikat atau bisnes korang nanti.

Nota: Sesetengah pereka sebenarnya menolak penggunaan penyelidikan visual, diorang lebih suka menggunakan buku atau sumber inspirasi diorang sendiri, tak salah nak ikot cara macamtu tapi korang memang akan sakit kepala pastu tension/ lost idea and macam2 lagi la.


 

 Contoh logo yang menggunakan ikan sebagai subject matter.

Konsep dan Lakaran (Sketches)

Bila sebut pasal konsep reka bentuk logo, kat sini la kreativiti minda banyak memainkan peranan, peringkat ini plak dimana korang kena design logo yang ringkas (symbolize) berpandukan kaji selidik yang gila2 korang buat tadi. Paham tak???. Saya cadangkan korang beli satu sketch book atau sketch pad khas tok satu job. Kalo 10 job korg beli la 10 sketch book tu..., setengah2 designer terus buat dalam koomputer...., bukan tak boleh..., ya ada yang cakap tak reti lukis..., elooo....., designer HARUS!!!! pandai lukis okey.., takkan la buat bulat, petak n segitiga pon failed lagi... adeh. parahhh.... Paperpon pilihan tu sume bergantung kepada masing2..., so mende yang terbaek adalah sketches on the sketch pad ok...., kenapa??? kang korang tawu la... Paperpon penggunaan komputer tok penghasilan idea pertama dalam menghasilkan logo bagi tiap2 design baru adalah TIDAK digalakkan... =)




Bila kita sebut pasal konsep, sesetengah designer lebih suka tumpu pada rekaan dan imej sesuatu je. Tapi bagi designer yang lain atau designer yang betol2 designer power giler, diorang lebih suka membina logo dengan mempunyai rasional atau maksud yang tersirat. Cthnya, kalau kita tengok logo FedEx sebelah tu. Logo yang mempunyai rekabentuk seperti ini selalunya bagi impak yang besar terhadap orang yang melihat atau pengguna. Dan logo seperti ini juga sangat unik dan memberi dimensi terhadap keseluruhan identiti korporat syarikat.

No comments: