Wednesday, February 23, 2011

'Tamasya Gambar' bersama Lynda Roslan

Assalamualaikum..., hehehehe... tgk tajuk atas tu semua mesti tertanya2 kan?

Seperti yang dijanjikan bersama teman2, pada 19hb Feb yang lepas kami berjaya membuat photo outing bersama seorang model yang juga sepupu kepada makeup artist kami. Da ada orang offer, kami pon excited la coz kami tgh mencari hasil kerja yang lebih banyak tambahan pula kami yang masih baru dalam bidang model photography ni.

So pada petang itu, lebey kurang kol 4 petang kami sampai ke destinasi wajib rasenyer bagi sumue jurufoto iaitu putrajaya. Sementara makeup artist tgh luahkan hasil karya kat muka model yang sememangnye cantik manis tanpa makeup tu kami pon memulakan langkah mencari angle dan lokasi yang sesuai untuk model kami posing. Sebelum start makeup saya memulakan shot without makeup dulu, coz nak tgk sejauh mana cik model kiter ni punyer mood pada hari itu. hehehehehe... jgn marah yer cik model....


Start shot dalam kol 530 petang, saya agak terkejut dengan fesyen dan konsep yang ingin ditonjolkan kepada model yang kami import khas dari UiTM ini. Tak kesah la, kalau model dah cantik pakai apa dan makeup apa pon nampak cantik btol tak???



Agak lama juga kami jalankan sesi 'menembak' kami. Tiba di lokasi iaitu padang perbadanan putrajaya, sebelum kami berhenti untuk solat maghrib kami mendapat perhatian dari sekumpulan pelancong dari IRAN. Ha!!! baru saya hengat!! fesyen yang dibawakan oleh model kami petang itu dari negara Iran. Ada la sedikit perbualan antara kami dengan pelancong yang melihat gelagat kami 'menembak' model kami atas padang tu.

Iran : Excuse me, can we take photo with u?? (tanya mereka kepada model)
Kami : Yes sure. Is it she's look like a Iranian??
Iran : Yeah!! She so pretty!!
Kami : And....you all are tourist from Iran??
Iran : Yeah.


Gitulah ceritanya disebalik fesyen yang ditonjolkan oleh makeup artist kami. Dalam facebook saya banyak juga la komen tentang konsep fesyen yang diguna pakai oleh kami ni. Disini saya ingin menjelaskan tentang konsep ini dan ternyata ianya mendapat perhatian oleh pemilik negara asal iaitu pelancong dari Iran yang mengakui ini adalah fesyen negara mereka. So siapa yang rasa nak argue ngan konsep ini silakan.


Kemudian kami pon memberi peluang kepada mereka bergambar bersama model kami. Agak kaget juga la melihat telatah mereka, rasa seperti artis Iran yang kami bawa datang ke Malaysia. Berhenti untuk solat maghrib pada pukul 730 petang agak meletihkan juga. Selesai solat, kami mulakan sesi 'menembak' dimulakan sedikit touch up oleh makeup artist untuk sesi pengambaran malam. Terpampang di wajah model kami beliau nampak keletihan, saya pon bagitau la "pasni kita pegi makan ye?". Shot punya shot kami selesai hampir pukul 930 malam. Dengan agak bengong sedikit saya pon terlupa nak belanja budak2 tu makan, takpela..., len kali kiter g makan sesame ye??? tak best la abes keje trus balik btol tak??? kene la luangkan masa sket untuk mereka luahkan pendapat dan pandangan mereka semasa sesi shooting yang berlangsung.

So, itu saja yang boleh saya kongsikan tok kali ini. thanx to who read this. Sokongan,cadangan dan pandangan anda amat memberi ransangan terhadap minda dan kreativiti kami. Thanx!!


Sekalung tahniah kepada VIP :

Makeup artist dan pembantu : Puteri Mona Roziana dan Linda
Model : Lynda Roslan / Student @ UiTM
Concept : Modern Western East
Photo by : Najib a.k.a. fotogenetix

1 comment:

T.Durden said...

thelow!cantik model ni!