Monday, January 11, 2010

Sukar MemAafkaN MudaH MeLupakAN

Maaf...
Itulah ungkapan yang biasa
Biasa kudengari
Tersemat masuk
Dalam akal dan minda yang ku rasakan kacau bilau

Ntah...
Apa punya orang...
Yang biasa kukenali dulu kini bersama
Teman lain yang baginya lebih baik
Lebih memahami dan
Segalanya lebih dariku
Seorang insan biasa yang hanya tahu
Segelintir dalam kehidupan...

Huiyo...
Pabila pada saat baru...
Aku dalam tangisan sepi tanpa gembira
Kau lintas depan keretaku
Memandang kerana terpegun dengan spoiler keretaku
Mungkin dalam hatimu berbisik
Siapakah lelaki dalam motokar itu...
Senyuman kambingmu memang buruk kurasakan yang pernah ku lihat
Mahu saja aku seretmu dengan keretaku tapi
Aku malu lebih malu pabila keretaku bumpernya sopak
Kerana melanggar  kau telah menghalang penglihatanku
Terhadap BMW E90 Sport didepan

Rindu...
Terhadap gadis pilihanku yang berasal dari
Negeri yang berwarna hijau kuning benderanya
Saat ku kesepian
Dia la yang telah mengisi ruang keceriaan itu dalam jiwaku
Mengisi setiap ruang dengan kebahagiaan
Aku gembira, suka yang teramat sangat
Sehinggakan aku seperti bermimpi pandu kereta impianku..

Jahat...
Pabila aku teringat kisah dulu aku dengannya
Gadis yang telah mencipta titik hitam
Dalam Hidupku yang kusangka
Akan memberikan bahagia
Namun aku bersyukur
Syukur kerana ini semua terjadi
Lalu mematangkan aku dalam
Kehidupan dan keperibadianku
Mula memberikan hasil yang positif..

Sukar...
Terlalu aku sukar melupakan dikau
Wahai gadis yang memberikan aku
Kesedihan yang terlalu dalam
Sedangkan...
Kau bersenang lenang
Dengan insan lain yang bagiku
Hanya kurang dariku segalanya
Mungkin kau hanya mahu membuatkanku
Jeles dan geram...
Namun kau silap
Aku bukan lelaki yang seperti permainan Barbie mu...
Aku juga dah standby...

Lupa..
Kini aku melupakanmu
Mungkin itu yang TUHAN mahu...
DIA mahu aku melupakanmu kerana kejahatanmu
Terhadapku dulu bukan la satu penamat
Yang boleh membuatkanku terhegeh-hegeh terhadapmu
Sikap mu dulu ditunjukkan TUHAN
Yang kau insan yang bagaimana
Dan aku bersyukur...
Kini TUHAN memberikan yang terbaik untukku
Untuk aku curahkan kasih sayang terhadapnya
Dan bukan untukmu
Insan yang tak layak menerima kasih sayang
Setelah apa yang telah kau lakukan
Terhadapku...

Namun sekian lama perasaan dendam dan marah
Itu semua aku hapuskan...
Terima kasih buat keluarga dan sahabat
Yang telah banyak memberikan sokongan..

Namun aku..
Sukar memaafkan...
Mudah melupakan...


(copyright by fOtO kiTER)

2 comments:

SasHa Lee said...

"Aku bukan lelaki yang seperti permainan Barbie mu...
Aku juga dah standby..."

Aku suka ayat nie.. tersenyum tersenggeh aku baca ayat2 ko nie wooo... heheh;)

Fotokiter said...

hehehehe.., thanx...
Neway nukilan ni sume datang terlintas dalam akal fikiran ini hanya seketika lalu aku terus luahkan melalui hubungan jari dan keyboard untuk menghubungi processor komputer ni, terjadi la ayat yang ko bace atas tu...