Monday, March 5, 2012

Tips Design Logo - 3

Huargggggghhhhh.....(yawn) Assalamualaikum..., :)
Setelah sekian lama tido dari tips logo now nak sambung lagi tips seterusnyer tok u olls.... =P jangan mara kay..... hehehehe.... Bace la kat bawah tu..., jgn lupe bace doa terang hati dulu.... bior sng paham.. kalo tak paham leh email :)


Kedudukan / Positioning

Bila bercakap pasal ni apa yang related with doing ur logo design n ur positioning??? Design logo memerlukan banyak aspek yang perlu dititik beratkan, sedikit lekuk pada logo korang akan membuatkan orang tertny2 apa rasional lekuk tu. So, bila bercakap tentang kedudukan anda sebagai pereka logo yang berpengalaman, korang dinasihatkan supaya jangan bercerita tentang konsep atau elimen rekabentuk kepada pelanggan. Yelah, sebut pasal warna, ruang, bentuk, tekstur dalam rekabentuk kalo org yang ade beckground design paham la..., dapat kat client yang tak tawu mcm mana??? so jangan peningkan kepala client dengan bahasa designer. Seeloknya korang bagi panduan mcm mana nak bagi logo diorg tu nampak mcm mana diorang nak. 

Blur??? mcmni, lets say la client cakap "nak..., pakcik nak logo syarikat pakcik tu ade chef n belanga" (syarikat pakcik tu keluarkan produk berasaskan sambal segera). And korang jangan la cakap mcmni, "ok apa konsep logo pakcik yang pakcik nak saya design?" memang lari balik la pakcik tu nanti. paham kan??? So better korang guide dengan ayat mcmni, " ok kalau mcmtu nanti saya akan reka logo syarikat pakcik dengan cadangan rekaan saya, tapi saya akan masukkan elemen chef dengan belanga yang pakcik nak tu nanti, paperpon nanti kiter akan keep in touch supaya pakcik setuju dengan rekaan saya nanti, pakcik dah makan??". hahaaaaa......ok tak mcmtu??? polite and membantu..., pakcik tu paling tak tawu pon die akan tny, "pemende element tu nak???" so leh jawab, "maksud saya, saya akan masukkan chef n belanga dalam logo pakcik nanti, yang penting pakcik perlu setuju dulu nak buat logo dengan syarikat saya nie, saya akan jamin kepuasan pakcik :)". Paham kan???


So, Let's go to the next step :

Presentation / Persembahan

Peringkat ni la yang di tunggu-tunggu dimana korang perlu jumpa client tadi tok tunjuk hasil logo yang client teruja sangat nak tgk tu. Jangan seronok sangat..., bahagian ni la yang memerlukan kemahiran dalam bercakap dan mengilas soalan client dengan kata2 yang membantu supaya client paham n bahagian ini jugak ibarat sesi berdebat..., kalo dapat client yang cerewet giler korang kene la bawak banyak2 bersabar k? Be professional dalam mempersembahkan artwork tu nanti... So korang perlu perlu perlu standby diri dengan ilmu dan jawapan kepada soalan terhadap logo tu nanti. Korang juga lagi dan lagi dinasihatkan lagi dan lagi supaya jangan bawak cedangan design yang banyak, nanti banyak la cekadaknyer. So better korang pilih 2 atau 3 best design logo yang berlainan konsep  untuk korang tunjuk. Jangan lupa mounting dan cover artwork ngan tracing paper..., baru nampak design tu exclusive... ceeeeeeeeewah!!!

Trimas kerana sudi membaca, tunggu la lagi next sambungan tips design logo... :)

No comments: