Monday, September 8, 2008

Bulan Ramadhan Aku Sunyi

Tanggal 1hb September 2008 yang juga 1 Ramadhan iaitu sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-51..., hum...., tarikh ni jugak la yang mengingatkan aku suatu peristiwa dimana aku menemui kekasih ku yang ku gelar 'sayang'. Kalau dah nama panggilan pun dah sayang, hati ni taktau la nak cakap mcm mana lagi, tak terungkap dengan kata2..., tapi tu cerita dulu..., sekarang perkataan tu dah terganti dengan 'kawan', kawan yang tak mcm kawan pun..., ntah lah, nak describe memang susah, tapi mcm mana semua ni terjadi, citer tu ada dalam friendster..., aku taknak bagitau..., kalo kalian 'terror' cari lah friendster aku tu..., hehehe....

Yang penting, berpandukan kepada tajuk diatas, hehehe..., ramadhan tahun ni dah tak sama dengan ramadhan tahun sebelum nya, kenangan tu bermain2 dalam fikiran aku, dulu buka sama2..., pergi bazar..., jemput makan ngan mak abah..., banyak lagi kenangan ramadhan kami bersama, tapi ntah la, si dia masih ingat atau tak aku tak berani nak buat tanggapan yang aku sendiri tertanya2, yang nyata hidup ku kini kehilangan seseorang yang menjadi tempat aku curahkan kasih sayang sebagai teman istimewa yang ingin aku jadikan suri dalam hidupku.

Teman, Samaada orang ketiga itu bersalah atau tidak WALLAHUALAM..., jodoh dan ajal di tangan TUHAN, aku redha, mungkin kehilangannya memberi aku pengajaran dan banyak mendewasakan diriku, dan mungkin juga kehilangannya akan memberi ruang kehadiran orang baru dalam hidupku, tapi tidak semudah itu, aku perlukan masa untuk mencurahkan kasih sayang lagi

Tapi ntah mengapa, rasa untuk tertarik sentiasa ada, Arggggghhhh...., pening..., sempena dengan kehilangannya aku tertarik pada sesorang yang aku gelar 'mama' tapi kisah ini lebih membuatkan aku semakin serik.

Bersambung...

No comments: