Monday, September 8, 2008

Aku bukan touch n go

Teman..., aku kembali lagi buat kali ini untuk menghabiskan ceritaku yang bersambung tadi, maaf lah, ada urusan yang perlu dilaksanakan dahulu, kembali kepada cerita tadi...

Setelah bertemu dengan 'mama' aku rasakan diriku kembali bersemangat, tapi dalam semangat itu juga tidak dapat aku nafikan yang rasa sayangku terhadap 'sayang' dulu masih lagi tidak terhakis oleh masa dan kasih kepada teman baru, walaupun aku dan 'kawan' ku tadi hanyalah kawan, tapi kami masih lagi berhubung dan aku merahsiakan hubunganku dengan 'mama', aku rasa bersalah kerana seperti memainkan perasaan mama, tapi kalian jangan pandang sebelah mata...

Dalam masa yang sama aku dan 'mama' ada sedikit masalah, iaitu 'mama' baru sahaja 'breakup' dengan bakal tunangnya, saat aku mengetahui mereka hampir bertunang, hatiku lebih rasa bersalah kerana segala persiapan pertunangan mereka telah siap dibeli, tapi 'mama' memberi penjelasan untuk memilihku daripada bakal tunangnya. ntah kenapa aku terima sahaja apa kata 'mama' pada waktu itu kerana sayangku pada 'mama' mula berputik. mana tidaknya, saat hatiku hancur luluh oleh kecurangan bekas teman wanitaku 'mama' lah yang banyak memberi semangat kepadaku...

No comments: