Thursday, September 27, 2012

Makan Hasil Seni???

Assalamualaikum..., Salam Sejahtera.

Pernah kah anda dengar tentang 'Gourmet'. Dalam bidang kulinari atau masakan, gourmet merupakan teknik persembahan makanan yang sangat unik dan penuh ciri-ciri ekslusif. Kebiasaannya makanan seperti ini hanya terdapat di hotel2 dan restoran2 terkemuka dan MAHAL2 sahaja. Bagi saya, cantik ke tak ke belasah je la.., janji HALAL n mengenyangkan... tapi banyak orang persoalkan, makan ciput je atas pinggan bila nak kenyang??? percayalah, memang kenyang, sebab makanan dihidangkan mengikut aturan, mula dari starter sampai la penutup coffee / tea.

Itu bukan persoalannya, point die kat sini saya nak kongsi ngan anda event minggu ini atau lebih tepat lagi ESOK!!! apa dia??? rujuk bawah nie.

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.migf.com

'TasteMIGF' akan berlangsung seperti tarikh,waktu, dan tempat seperti yang anda lihat diatas. Pelbagai aktiviti diadakan seperti, Theatre of Cuisine, Gourmet Village, FREE CHILDREN's PLAYROOM (boleh la korang melantak tanpa risau mana anak2 pergi kan) dan masuk adalah PERCUMA!! KECUALI jika anda ingin merasa makanan yang dipamerkan dan dihidangkan khas untuk anda makan. Anda terlebih dahulu perlu membeli 'taste token' yang setiap satu berharga dan bernilai RM5 sahaja..., layari la laman web tertera diatas.

Bagi membuka selera anda, saya nak kongsi beberapa imej sedap cukup untuk membuatkan anda lapar... :p Jemput la makan 'hasil seni' bawah nie...





No comments: