Thursday, January 7, 2010

KekeCewaAnKu DiSesaLI

Kecewa...
Itulah ungkapan yang paling tepat ibarat panah arjuna tersasar dari epal merah atas kepala masa main kat funfair. Bila orang yang kita idamkan dan ingin sunting menjadi teman penyinar dalam hati ini bakal membina mahligai kristal original bersama insan lain.

Perkenalan bermula semasa aku mula melaporkan diri di Jabatan Kerajaan pada 02hb Julai 2007. Seorang 'freshy' yang takde pengalaman dalam sektor kerajaan ni bagi aku bagaikan 1st time dapat makan mee kolok Sarawak. Dia, yang bernama Fa (bukan nama sebenar) kukenali seminggu selepas aku melaporkan diri. Dah tentulah Fa lewat sedikit kerana pengambilan bagi jawatannya agak lewat. Tapi itu semua bukan persoalan bagaimana perkenalan kami bermula, sebab kami dalam satu jabatan dan karakternya semasa pertama kali aku melihat dia memang telah menggugat jantungku. Senyuman manis si gadis sebayaku ini memang manis semanis madu lebah yang makan bunga epal. Dalam perkenalan singkat itu memang tak ku sangka Fa single!! Yes!! ada chance!! Merah pipi Fa bila 'disakat' sentiasa terpahat dalam hatiku sehingga kini.

Sampailah sebulan kami dalam Jabatan tersebut kami tepaksa berpecah kerana aku dihantar ke Kementerian yang berfungsi bagi sektor pelancongan manakala Fa ke Kementerian yang berperanan dalam sektor pendidikan Negara. Rindu...., serindunya aku terhadap senyuman si gadis manis yang aku minati ini... Kalaulah kau jadi milikku, akan ku hiasi setiap harimu dengan keceriaan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi ibarat gajah yang menjaga anaknye, marah bila dikacau, angkat bila jatuh lubang.

Setelah dihantar untuk bertugas di Kementerian yang ditugaskan, kami agak sibuk dengan tugas masing2. Kesibukan ini lah yang membataskan hubungan kami yang agak mentah dalam sektor kerajaan, aku agak skema dalam menjalankan tugas sehinggakan aku terlupa sejenak pasal Fa yang jauh dimata. Takpe, aku tahu Fa sibuk, sesibuk ikan tuna dalam laut sesibuk itu juga la Fa dalam menjalankan tugas. Dia memang seorang yang berdedikasi, memang sesuai sangat la ngan aku yang seorang penyayang nih. Segalanya pasal Fa aku tahu, balik lewat kerana tugas dan sampai dia bawak keter berpusing pun aku tahu. Macam mana aku nak amik berat, sms pun Fa kurang nak balas sebab sibuk. Tapi aku sabar, 'kalau jodoh tak kemana'. Memang la tak kemana. tapi pegi kat orang lain la takkan nak pegi jalan-jalan ata pegi shoping pulak...

Akhir sekali aku jumpa Fa adalah pada tahun 2008  semasa aku datang ke tempat kerjanya kerana mengikut teman rumahku ada urusan dikawasan berhampiran dengan tempat Fa bertugas. Dia tak berubah, tubuh kecil molek sentiasa memberikan senyuman semanis china epal yang jual kat Giant sebijik 0.99 sen semasa pertemuan kami yang ku anggap kali terakhir itu.


AKHIRNYA....., akhirnya aku mendapat khabar dari teman sejawatanku yang memberi tahu bahawa Fa akan melansungkan pertunangan dengan jejaka yang lebih berhak keatasnya. Aku kalah...., aku kalah dalam menjalankan tanggungjawab ku sebagai hambaNYA yang patut memberikan kebahagiaan tehadap insan yang aku ingin sunting menjadikan taman bunga tulip macam kat Netherlands dalam hatiku ini. Tapi aku tak percaya, aku tak percaya Fa akan bertunang. So aku pun buat relax je la...., sampaikan tergerak hatiku ini pada suatu hari aku cuba menaip nama Fa dalam facebook. Yeayhhhh...!!! nama Fa ade...,(korang jangan carik da la, bukan ade pon) aku seronok bagaikan tak terkata apa-apa sehinggakan semua perabot dan komputer dalam pejabatku ini kucampakkan keatas macam masa Negara menjulang Piala Thomas dulu.. Tapi.....tapi anda jangan ingat aku seronok lama..., jantungku bagaikan nak terhenti bagaikan terhentinya STAR LRT kat stesen Chan Sow Lin pastu gerak balik.... Dalam galeri Fa terpampang jemputam Walimatul Urus yang menjemput semua kawan-kawan facebook bertandang ke majlis resepsi Fa dan jejaka pilihan hatinya. Air mataku bagaikan nak melimpah macam tsunami melanda. Apa yang mampu ku buat..., Alhamdulillah...., aku bersyukur Fa dijodohkan dengan lelaki yang lebih bertanggungjawab dan lebih baik dariku. Hakikatnya TUHAN lebih berkehendak dia menjadi milik insan lain. Ku harap teman sekalian mengambil iktibar dari ceritaku ini, maksudnya korang sambar je la awek yang korang rasa boleh jadi teman dalam hidup korang, kalo tak orang lain amik... ok?? Doa dariku untukku semoga aku bertemu dangan insan yang terbaik dan lebih baik yang aku terlepas iaitu Fa.>>  "Ya ALLAH....., aku bermohon kepadaMU, KAU temukan lah aku dengan wanita yang solehah, baik budi pekerti, penyayang, boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang baik dan yang paling penting kami saling mencintai, memahami dan menyayangi antara satu sama lain... AMIN..."


(Cerita diatas adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan mana-mana pihak) kalo ada perkataan kat atas tu yang salah taip pepaham je la ye? malas nak bace balik.

Iktibar dariku. 'fOtO kiTER'

4 comments:

Ain Asrar said...

tukar link..sepitanpamu.blogspot.com

nasrina othman said...

'Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku..namun takkan mudah bagiku..'..inilah antara bait2 lagu yang dapat menggambarkan keresahan dan kekecewaan yang menyelubungi diri..mungkin benar kata penulis,setiap orang pasti akan mengalami situasi ini..antara bersedia atau tidak, kita harus tabahkan diri dan kembali mendongak ke hadapan..Anggaplah apa yang telah terjadi pada kita pada hari ini mungkin adalah yang terbaik untuk kita..so forget about the past..start with a new life

Fotokiter said...

yes...., exactly correct!!
kehilangan memang satu penyiksaan, tapi kehilangan yang akan membawa kebahagiaan pada masa depan adalah satu nikmat sebenar yang DIA nak bagi... So apa pun yang berlaku kita sebagai hambaNYA kat atasm muka bumiNYA ini BERSYUKUR la atas apa yang terjadi...ibarat ibu yang menadah tangan bersyukur atas kepulangan anak tersayang di pagi hari raya.... kan?kan?

nasrina othman said...

haha..dramatic example...no worries anymore..